CARA MEMASANG KOMPONEN KOMPUTER
Pemasangan Komponen Komputer
Setelah
selesai ujian awal, peringkat seterusnya, memasukkan papan induk ke dalam
kotakkomputer. Pemacu CD-ROM juga dipasang di peringkat ini, memandangkan
kebanyakanperisian datang dalam bentuk cakera padat (CD-ROM).
Ujian
kali kedua ini untuk memastikan perkakasan seperti tetikus, papan kekunci dan
pencetak boleh beroperasi.Sambungan bekalan
kuasa papan induk dan sambungan kipas CPU dibuka untuk memudahkan pemasanganseterusnya.
CPU, RAM, kad video serta jumper telah diuji di atas papan induk berkenaan dan
tidak perlu diusik lagi. Langkah-langkah pemasangan seterusnya (secara
ringkas) seperti di bawah.
•
Penutup
kotak komputer telah dibuka, keluarkan bahagian badan kotakkomputer (petak
alas) melalui beberapa skru A.
•
Lekatkan
penebat merah (insulator) di antara papan induk dan petak alas dan skrukan
dengan kemasseperti dalam rajah yang akan ditunjukkan nanti. Tujuan penebat
digunakan bagi mengelakkan litar pintas antara papan induk dan badan
kotak komputer yang boleh membawa kepada kerosakan papaninduk.
•
Pasang
kabel-kabel reben cakera keras, pemacu CDROM dan pemacu cakera liut di slot
masing-masing di atas papan induk. Pasang sambungan kabel-kabel reben COM1,
COM2 dan sambungankabel pencetak LPT1 di tempat yang dicadangkan seperti dalam
manual.
•
Masukkan balik bahagian badan kotak komputer dan skru
dengan kemas. Setelah semua perkakisan dimasukkan ke
dalam kotak komputer, sambungkan kabel-kabel reben dengan perkakasan-perkakasan
tersebut. Pastikan kedudukan pin 1 semua perkakasan seperti cakera
keras, pemacu cakera liut dan pemacu CDROM dipasang mengikut peraturan.
•
Sambung
semula bekalan kuasa P8 dan P9 ke papan induk jenis AT dan pastikan susunannya
adalah betul. Setelah itu sambungkan papan kekunci di peryambungnya dan
tetikus di port COM1 .
Susun
kabel-kabel reben dan baki penyambung bekalan kuasa agar kelihatankemas dan
rapi. Yang penting laluan udara kawasan CPU dan unit bekalankuasa tidak
dihalang.
Lekatkan
kabel signal monitor ke kad video dan satu kabel lagi ke kotak bekalan kuasa
komputer.
Sambungkan
kabel kuasa dari komputer ke bekalan elektrik di dinding.
Panduan
Memasang Perkakasan Sistem Komputer
Seperti
yang sedia maklum, penebat dipasang bagi memastikan papan induk tidak mengalami
litar pintas yang bolehmengakibatkan kerosakan.
Cara yang paling baik untuk melekatkan penebat (insulator) merah di papan
induk dengan menggunakan pita cellophane. Penebat tidak akan mudah
terjatuh semasa membuat pemasangan di bahagian petak alas.
Sekiranya ada cara lain yang lebih baik, teruskan ikut kreativiti
masing-masing.Selepas dilekatkan penebat
merah itu, pusingkan papan induk dan lekatkan di bahagian kotak komputer
untuk diskrukan.
Sesetengah
bahagian komputer mempunyai plag plastik siap menunggu, cuma letak papan induk
dan tekan sedikituntuk melekatkannya.Rajah A menunjukkan keadaansebenar penebat
dipasang secaragrafik. Biasanya penebat dipasangdi dua posisi iaitu C dan D
papaninduk dan yang lainnya dilekatkandengan plag plastik seperti dalamrajah B.
Sambungan
Kabel-Kabel Pringkat AwalDi Atas
Papan Induk
Setelah papan induk siap diletakkan diatas bahagian
kotak komputer, sediakankabel-kabel reben seperti dalam rajah diatas, Ada tiga kabel
yang boleh dipassngiaitu kabel reben untuk
pemacu cakeraliut di slot FDC dan dua lagi kabel rebenuntuk cakera keras di slot IDE 0 dan pemacu CD-ROM di slot IDE 1.
Kabel reben 40 pin untuk pemacu CD-ROM harus dibeli
secara berasingan walaupun kedua-dua pemacu boleh disambung pada satu kabel.
Kelebihan memasang pemacu CD-ROM dislot satu lagi, sistem tidak akan mengalami
kelambatan kerana berkongsi satu laluan data.Selain kabel-kabel reben, CPU,
RAM, sambungan COM 1 dan sambungan LPT 1 sudah siapdipasang sebelum dimasukkan
ke dalam kotak komputer bagi memudahkan kerja.
Dalam
masa yang sama, persediaan perkakasandalam kotak komputer harus
dilakukan.Penutup panel depan dibuka untuk ditempatkan pemacu CD-ROM.
Pasang pemacu CD-ROMdalarn slot di ruang seperti ditunjukkan dalamrajah di
atas. Skrukan pemacu dengan skruyang dibekalkan bersama pemacu tersebut.Skru
yang tidak sesuai boleh menggangguoperasi dan boleh merosakkan pemacu CD-ROM
berkenaan.Cakera keras dan pemacu cakera liutdimasukkan dari sisi di slot
masing-masing dandiskru dengan kemas. Kini sudah siap di bahagian kotak
komputer untuk tindakanselanjutnya.
Komentar
Posting Komentar